Pengenalan Tinju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Sukan tinju mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Musim Panas 1904 di St. Louis, Amerika Syarikat. Sukan tinju telah dipertandingkan sebanyak 26 kali termasuk edisi pada tahun 2020. Sejak tahun 1904, sebanyak 18 acara berlainan yang pernah dipertandingkan dengan 13 daripadanya masih aktif.

Amerika Syarikat menjadi negara paling banyak meraih pingat dalam sukan ini dengan 118 pingat iaitu 50 emas, 27 perak dan 41 gangsa diikuti Cuba dengan 78 pingat iaitu 41 emas, 19 perak dan 18 gangsa.[2]